Sunday, 18 October 2015

kedekut dari kau menderita.

Hidup ini pengalaman, pengajaran, pendidikkan. General knowledge yg kadang kadang tak perlu pun kau dapat dari hasil bacaan.

Dulu zaman hidup bujang, banyak kali juga bertukar rumah  sewa. Tukar rumah sewa jadi, bertukar jugalah housematenya sekali. Macam macam perangai.

Kereta.

Seorang housemate aku ni nak pinjam kereta. Dalam usia baru menjadi housemate tak sampai sebulan, agak keberatan juga utk memberi.

"Aku pinjam sekejap je bro, nak balik tengok ayah aku sakit kat kampung, ala kampung aku dekat je "

Lama juga aku tenung muka dia, rezeki yg Tuhan bagi ni jangan berkira sangat. Bagi jelah kan. Lagi pun sekejap. Siapa lagi nak tlg sesama Bumiputera kan.

Aku bagi kunci.

Pagi tu dia ambik kereta. Sekejap dlm kiraan aku belah petang tu dia akan pulang blklah kan.

Petang sudah membawa ke malam hari. Jantung ada rasa lain mcm dah berdegup. Kebijaksanaan aku terserlah bila nombor telefon dia pun aku tak ada.

Mlm tu jadi malam plg resah utk aku. Tak mungkin dia lari, kain baju dia ada lg dlm rumah ni. Esk membawa ke pagi, tiada berita. Membawa ketengahari, berdebar. Sampailah nak malam balik.

Dia pun blk, sorri bro lambat sikit sambil pass kunci kereta kat aku. Sepatutnya aku kena marah sambil hisap rokok hembus atas tapi sebagai bkn perokok, aku hanya jawab emm ok.

Aku trn bwh kt kereta, check kereta semua ok. Masuk dlm kereta tgk minyak, hmm kering. Marah nak hempas pintu kereta pun hutang bank ada lg 5 tahun. Sabar sabar.

Aku lupekan kisah, hal pinjam kereta dgn minyak tu. Sehinggalah satu hari tu, borak dgn housemate ni pasal hal gear kereta, auto dgn manual.

"Hah kau punya kereta susah jugak ye nak masuk gear, keras semacam je, yg aritu masa naik kereta ko tu , bapak aku nak naik bukit tak lepas, siap turun balik salah main gear"

Tetibe aku rasa nk jadi Seladang serta merta.

Saturday, 3 May 2014

Barai.

Di kedai kopi antarabangsa dan kiri senaskah buku, penulis asing dalam bahasanya juga antarabangsa. Kopi pekat separuh gelas kau hirup perlahan-lahan. Bibir munggil, rokok dihembus keatas. Ini dunia ke dua yang cuba dirungkai. Meja sebelah jarak yang dekat. Ahhh peduli siapa.

Di satu lorong, kau hidupkan kereta kuasa, size kompak. Harga juta. Minyak hijau selalu penuh. Rambut tutup mata yang semalam baru potong kau alihkan ke tepi. Malam ni kita check in, aku bayar pakej air since 1932. Kiblat arah mana, kau gila nak tanya sekarang?.

Gadis semalam sepatutnya dah di convert jadi semasa, mana segar lagi untuk dihirup. Hey Solaris aku datang bawa buku baru kulit tebal.

Thursday, 24 April 2014

Bila dan Bagaimana.

Melangkah ke 3 series, soalan dah makan belum? sudah jatuh diranking ke 5 ditanya. Frequently asked question sudah jadi bila nak kahwin. 

Cerita lain, pergi Sembahyang Jumaat dengar khutbah macam biasa. Tiba- tiba dengar imam yang menyampaikan khutbah berkata, "How" and "When" sesuatu doa itu nak dimakbulkan oleh Tuhan itu bukan kerja kita. 

Imam tu sambung lagi " Macam satu kisah seorang ibu tunggal yang miskin ni menyara keluarganya dengan menjual tapai. Setiap malam rutinnya akan memeram ubi kayu dengan ragi.

Esoknya, bila ibu tunggal ni bangun dari tidur , periksa ubi kayu yang diperamnya malam tadi. Muka terus kusut, tengok tapainya masih belum menjadi, tapainya masih belum masak. "Ya Allah, inilah punca rezeki aku, kenapa jadi macamni, apa aku nak buat hari ini kalau tak meniaga tapai ni. Mane aku nak dapat duit utk hari ini" Doa ibu tunggal itu.

Dalam wajah sayu sambil melihat anak anaknya bersiap utk ke sekolah, dia tak putus putus berdoa pada Tuhan. Ya Allah, masakkan lah tapai aku ni, kesianlah anak anakku.

Ibu tunggal ni nekad, walaupun tapainya tak masak, dia mahu juga ke pekan utk menjual tapainya itu. Dalam mengayuh basikalnya, hati kecilnya tak henti henti berdoa pada Tuhan. Bersungguh-sungguh, sambil air matanya seringkali menitis memikirkan nasib anak anaknya.

Sampai di pekan, dia merenung bungkusan tapainya, sambil memandang ke langit, dengan penuh rasa rendah diri, dengan penuh rasa keikhlasan dan dengan lafaz Bismillahirahmanirahhim, ibu tunggal ini membuka bungkusan tapainya itu dengan pehuh hati- hati.

Dia membuka bungkusan tapai itu,.. dan hatinya sebak.

Berkenang air matanya.

dan... Tapai itu masih belum masak, tetap seperti apa yang dia lihat semasa keluar dari rumah tadi.

Ibu tunggal itu, membatu bisu. Orang ramai yang lalu lalang tiada seorang pun yang sudi membeli tapainya itu. Dengan perasaan yg sangat kecewa, dia menolak basikalnya utk pulang ke rumah. Pasrah.

Tiba- tiba,

"Kak, tapai ada lagi ke?" dengar suara perempuan memanggilnya.

"Ye, ada". kata ibu tunggal itu lemah.

"Ok, tapi saya nak yang tak masak lagi boleh tak kak? dah puas cari kat merata tempat tapi tak jumpa" terang perempuan itu.

"Ha? yang tak masak? kenapa pulak?" musykil ibu tunggal itu.

"Sebab, anak saya yang belajar kat Mesir dengan kawan kawan dia yg belajar kat sana yg nak, saya nak kirim ke sana, karang kalau beli yang dah masak sampai berapa hari pulak".

"Ya Allah...." Air mata ibu tunggal itu menitis laju.

"How" and "When".

Monday, 21 April 2014

Shoulder To Cry On.



"Rasanya, bolehlah.

Boleh, kalau nak singgahkan kepala sekejap-sekejap pada ribaan yang panjang dari biasa.

Jiran tetangga, rasanya, takkan pernah kisah. Siang malam, pagi petang. Tak keluar rumah.


Main chess,katanya.Lah.


Tak perlu nak sarung baju macam dalam Garance Dore/Sartorialist, kerana pada akhirnya nanti luluh juga.


Bila penat, singgah balkoni. Tengok KLCC.

Hari-hari macam ni, tak payah belajar/kerja/muamalat.


Okay tak? Kalau awak on,



Saya on-kan aja."


Yes where are you?.



Thursday, 27 June 2013

Salam Perkenalan Emma Maembong.

"Urgggghhh", aku mengeliat. "Krap.. krap.." betulkan tulang belakang. "Zupp..zuppp" bunyi tilam Vono cap Maya Karin, setelah aku henyak.

 "Yang, pukul berapa you nak bangun ni, cepatlah.." suara orang rumah membisik di telinga.

"Jap, i tengah nak cari kekuatan dalaman ni, eh u dah mandi ke, asal tak tunggu i?" sambil tarik hidung. "Ah jangan nak ngada, u nak pakai baju kaler apa hari ni? i nak iron ni, pink?"  

"I nak baju merah today.. merah... merahhh merahhh...haih marah marah"  Ahh apa kes fantasi di pagi hari ni. Aku pandang dinding bilik sekeliling. Seluar jeans tergantung belakang pintu, baju terlonggok tepi tingkap, tilam bujang nipis beralas lantai, bekas maggi hujung kaki, ahhh sah aku bujang lagi ni, sah.

Aku capai towel, balut, mata sepet sepet, teraba masuk  bilik air. Rutin sama yang walau dalam pejam pun aku mampu lakukan. Hari ni Jumaat, jadi ini hari terakhir sebelum aku mula cuti panjang. Cuti kahwin tajuknya, dengan subtitle adik aku yang kahwin sebenarnya. 

Adik kahwin, abang bila lagi? Kau jangan nak jadi orang ke seratus enam belas nak tanya, baik jangan. Sebelum balik kampung dan menghadap orang orang yang suka bertanya ni, aku dah  drafkan serba sedikit jawapan dalam otak aku.

Jawapan, lepas raya, tapi tahun tak tahu bila, rasanya macam dah tak boleh pakai kali ni.

Sampai kampung, suasana agak sibuk untuk uruskan itu ini. Namun sempat jugak pakcik aku tarik, tarik bahu aku dan bisik kat telinga aku, suasana bising, aku tak dengar sangat. Rasa macam pakcik aku tengah bisik, Yusof Tayooobbb pulak. "Hah apa?" aku kuatkan suara. 

"Hah ni, kau dah ada calon belum, ni ada sorang ni, kerja bagus, pakai tudung labuh lagi, kalau nak pakcik bagi nombor telefon"  "Eh, tak pelah, saya dah ada girlfriendlah pakcik, girlfriend saya pun siap pakai purdah lagi..heheh." Aku gelak dihujung jawapan, dalam hati emmm dah agak dah.

Aku tinggalkan pakcik aku dengan kening berkerut.

Setelah selesai urusan di kampung, kami sekeluarga bertolak ke rumah pihak pengantin perempuan, di negeri kito tengok penyuu telorr.

Adik aku selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Selesai proses bersanding, tibalah acara tipikal iaitu bergambar. Dalam kesibukkan sebelum ni, mata aku sempat juga tengok tengok gadis gadis kurus kawasan ni. Rupanya ramai lagi gadis persis Emma Maembong kat Terengganu ni. Molek sunggoh.

Aku terperasan seorang awek ni, kurus, tinggi sedang-sedang, pakai spek sama macam aku pakej pulak dengan gigi besi dia. Eh jangan karang bini orang naya, ini negeri Eman Manan, ramai yang terer bersilat, ingat- ingat sikit, aku cool down kan hati.

Rupanya dalam diam diam mak dengan kakak aku memang dah rancang nak kenenkan aku dengan awek ni. Apakah? Mula- mula dorang paksa bergambar sekali. Kadang-kadang aku dah rasa macam warga emas dah tapi aku buat cool. 

Majlis selesai, masing masing bersurai.

Rupanya, cerita  penjodohan aku tak sampai setakat bergambar. "Nah, ni nombor awek tadi tu, dia pun kerja kat KL tu, senanglah nanti" Kakak aku macam biasa jadi pakar perunding.  "Ahh tak nak aku, mana tahu dia ada pasangan hidup ke apa ke, malas lah.." Aku memang malas nak layan.

Aku kembali ke KL. 

Nombor awek tadi ada tersave dalam handphone aku. Aku letak nama Ganu G.., sebab dah lupa apa nama dia, yang kakak aku bagitahu haritu.

Selang berapa hari lepas tu, tetibe aku rasa macam sepi yang mencengkam dan kekuatan yang entah dari mana datang, tergerak hati aku untuk SMS awek tu. "Salam, hye awak, saya yang hari tu". Ringkas tapi aku harap dia ingat lagi aku sape.

Selepas 10 minit berlalu, senyap, selepas sejam senyap, hati aku dah rasa macam malu takut tersalah nombor. Nak call, gugup melanda. Lepas 2jam, akhirnya  SMS aku mendapat respon. Cheh tak salah orang.  

Sesi perkenalan bermula, dalam sibuk aku berkerja sempat aku tanya, "Eh awak dah makan? awak break kol bape eh biasa?"

Lama aku tunggu reply, senyap. sejam, dua jam, tiga jam, senyap. Bersangka baik itu perlu, mungkin beliau kesibukkan.

Lepas sehari tak reply jugak, aku rasa macam tak sedap hati. Aku tengok balik last message yang aku hantar.


"Eh awak dah makan? awak berak kol bape eh biasa?"


 Cinabeng punya typo. argggh..