Saturday, 26 December 2009

Hati berbunga?Akhir.

Esok tu dah jadi hari ni. Bangun je aku terus jadi rajin. Rajin pulak nak potong kuku dengan sikat rambut. Itu baju berlambak rasanya macam afdal je aku nak basuh, kalau nak tunda memang habis stockla nak pakai time keluar dating.

Jam kat handphone aku menunjukkan pukul 7.20 pagi.Aku tengok katil atas bawah, Din masih berselimut, Huzaimi masih syok berdengkur, Irwan masih berkain pelikat, nampak macam permukaan kain tegang.Asyik main komputer. Tak tidor-tidor mamat ni.

"Weh bangun-bangun semua, breakfast. Hari ni aku belanja..bangunla weh.."Aku jerit sambil ketuk-ketuk bucu katil Din dan Huzaimi. Semua tak layan. Bergerak pun tak. arghhh..Aku kacau Irwan tengah kusyuk main game. Aku bukak winamp pasang kuat-kuat lagu Ramlah Ram, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. Kuat-kuat.


"woi jiwang..diamlah. Aku nak tidur ni" Din dah menjerit sambil gigit bucu bantal. Din yang memang terkenal dengan gaya Metalnya, itupun sebab minat Metallica, satu lagu je The Unforgiven 2. Itulah lagu yang dia nyanyi hari-hari.

Aku paksa Irwan ajak teman aku pergi makan. Dengan misi nak menyiasat awek tadi nama sape,umur berapa, minat apa,kelas mana. Aku pusing-pusing satu fakulti aku dengan skuter Huzaimi.Agak ramai gadis-gadis pergi kelas time ni. Irwan dah start membebel cakap tadi nak pergi makan tapi aku boleh menyimpang ke lain. Ini misi penting ni Wan.

Nasib aku baik. Rambut panjang sikat tepi dalam versi baju kurung pulak arini. Ada tercegat depan studio.Gadis yang aku dambakan sejak semalam akhirnya muncul juga. Aku agak macam kelas kansel. Semua macam melepak. Hai hai hai. Aku tengah fikir. Berkira-kira nak tegur atau tak. Rugi bangun awal tak hilang lagi ni.


Aku usaha. Tahan malu. Tahan lasak. Tahan kena maki. Semua benda aku kena tahan kali ni. Apa cara aku nak tegur awek ni dengan cara berhemah. Nak langgar jalan laju-laju sambil bawa buku agak 1990an, nak phewit agak kerempitan. Jiwa buntu. Hati dah nak pasrah. Irwan dah monyok.
Tiba-tiba idea itu mari.

"eh you all ni tunggu kelas Encik Hamdan kan?.. I ada ambik paper kelas ni jugak. I repeat satu paper. Tapi sekarang ni i ada kelas lain. Boleh tak you all or sape2 lah call i if encik Hamdan datang. I tak de number dia." Aku bagi penerangan terperinci.Walaupun terpaksa menipu, aku redha. Demi dia. Mana datang kekuatan ntah, aku pun musykil. Aku tengok sorang-sorang macam asyik pandang-pandang atas je.Sorang pun tak layan.

Semua diam. Diam lagi. Aku macam dah nak malu banyak.

"Ok, nanti i call you, bagi u punya number". Cantik, dia dah bersuara. Aku rasa dia macam kesian tengok aku. Rasa macam nak sujud syukur. Lepas aku bagi nombor handphone aku. Aku dah rasa separuh hasil aku dah nampak. Sesi pagi tu berkesudahan dengan aku belanja Irwan breakfast tahap kebulur. Pelaburan.

Punyalah lama aku tunggu panggilan pertama dari si dia. Nama pun tak tahu lagi. Sejam dah jadi berjam. Sehari dah jadi dua hari. Resah. Lepas dua hari tu. Datang juga SMS yang menceriakan hidup aku. Aku dapat tahu nama, Syakirah. Bermula dapat tahu nama dengan number telefon ni, aku dah mula angau. Nak makan pun dengan handphone, basuh baju bawa handphone, tidur pun handphone celah ketiak, senang terjaga jika ada panggilan.

Aku dah makin rajin pergi kelas, dah makin rajin stayback di studio. Sampai jadual kelas dia pun aku dah boleh hafal. Tapi dia ni kadang-kadang misteri juga, aku anta SMS jam 10 pagi kadang-kadang jam 10 pagi esok belum tentu dia reply. Kadang-kadang aku call tak berangkat. Kadang-kadang dia call aku bukan main singkat. Kadang-kadang satu hari dia boleh bergayut sampai habis top up RM50 dengan aku. Syak makin ketara.

Tapi hubungan kami berjalan macam biasa walau ada gaduh-gaduh manja. Usia pengenalan dah masuk dua minggu. Sebab aku dah kemaruk terasa macam baru dua hari. Hampeh. Sehingga satu hari tu aku bukan payah nak call dia. Reply SMS jangan harap. Nak mengamuk sepak pintu, kerajaan punya. Nak terajang rakan sebaya, badan diaorang lagi sasa. Nak pecahkan gelas, itu satu-satunya yang aku ada. Jiwa berbunga dah dah jadi berakar-akar. Kusut.

Perasaan ingin tahu aku dah makin menebal. Dah tak boleh nak tahan. Aku nak terjah bilik dia, tak pasal-pasal aku kena buang kolej. Aku terjah kawan sekelas dia. Dengan muka sedih mencuka aku pergi cari kawan sekelas dia. Aku tunggu sampai diorang habis kelas. Cinta punya pasal kawan rapat dia pun aku boleh cam.

"Nurul kan...er nak tanya, Syakirah pergi mana ye lama tak nampak?." Suara lemah aku la ni.

"Lah awak tak tahu ke?. dia kan selalu balik kampung sekarang..dia kan pregnant. "

"Pregnant?" aku dah macam pelik.

"Yela husband dia selalu la datang ambik sekarang."



Tiba-tiba aku rasa resdung aku makin kronik. Tiba-tiba aku rasa spek aku dah tak cukup power. Dunia gelap seketika.




Arghhhhhhhhhhhh....








.




Wednesday, 23 December 2009

Hati berbunga.

Banyak memikirkan tentang hal-hal keagamaan,tentang hidup dan lebih terjurus dalam aktiviti berbentuk kekeluargaan sejak akhir-akhir ini. Sehingga banyak juga entry merapu terhasil. Kalau otak kucar-kacir memang agak berterabur juga untuk menulis. Indahnya kalau aku masih hidup bergelar student. Zaman start tidur jam 5 pagi sambil layan main gitar ramai-ramai. Di selang seli dengan menonton DVD terlarang secara berkumpulan.

Ok, bunyi intro agak emo.

Zaman aku bergelar student dulu banyak kenangan indah dan tak indah juga berlaku seiring. Zaman kemaruk nak berambut panjang. Ada orang cakap kalau zaman tengah study ni kalau tak dapat awek memang tahap loser paling tinggi.Nak dapat jodoh time kerja nanti memang payahla. Tapi aku tidaklah terlalu kemaruk untuk mencintai dan dicintai sangat pada masa tu.

Sehinggalah pada suatu ketika aku memasukki tahun kedua pengajian. Ramai muka-muka baru yang muncul. Setelah merasakan hidup agak sepi untuk mengekalkan status single. Aku cuba mencari cinta. Cari dalam URTV memang tak ah, cari dalam internet belum ada lagi masa ni. Kalau adapun MIRC yang sungguh mencabar minda.Mencari dikalangan rakan sekelas memang agak diluar kewarasan, belum ada lagi wajah yang boleh buat hati ini goyah. Ayat.

Masa tu aku jalan pakai seluar Camel poket banyak kiri kanan sambil tangan kanan pegang drawing pad, tangan kiri pegang janji. Eh pegang handset Sagem kuning cair. Tangan kanan tengah laju taip sms,tak hirau pemandangan sekitar. Sambil tu aku jalan laju-laju ala-ala Oshin, perut lapar. Mata kiri aku tiba-tiba berkelip-kelip.Kiri je. Ini tanda amaran. Hati dah mula berdebar laju.

Ok, sekarang aku kena tengok belah kiri. Aku toleh. Mata tak terkelip, sepintas lagu What a Wondeful World dendangan Louis Armstrong berlegar-legar dalam kepala aku. Siapakah gerangan gadis ni. Cukup serba serbi. Siap pakai tshirt AC/DC ni buat aku resah . Adakah ini cinta pandang pertama. Panggillah apa saja yang penting hati aku telah dimilikki. Aku berhenti sms,berhenti jalan laju-laju,berhenti bawak buku, berhenti rokok- maybe lepas sah aku couple dengan dia. Maybe la.

aiseh berambung... bateri laptop habis aney ni tak nak bagi charge..

Ok aku sambung tulis balik lepas pekena rokok 3 batang yang dipakejkan dengan cekodok 2 ringgit, aku kenyang. Bateri laptop pun dah melimpah.

Rasa macam nak tegur. Hati penakut banyak. Rasa macam nak salam. Kemampuan diri terhad. Aku hanya mampu tengok dari jauh. Si dia berlalu tanpa sepatah ayat. Ini tak boleh jadi, aku kena siasat. Cari dalam google ke, siasat dengan hal ehwal pelajar ke, itu aku kena usahakan. Janji dapat tahu nama, nombor handphone menyusul.

Aku terus masuk bilik sambil jalan terangkat-angkat. Rasa lapar dah tolak tepi. Rasa berbunga dah mari dalam hati sudah buat perut rasa kenyang.Kunci bilik pulak tak tahu letak mana. Aku ketuk bilik kongsi 4 orang aku. Harap-harapla ada orang kat dalam. Ketukkan ke 13 kali, muncul Irwan Rasyidi Rashid buka pintu. Berkain pelikat. Sambil tonyoh-tonyoh mata. Aku syak memang baru lepas tengok porno la ni.

"Hai Wan.. tidor ke petang-petang ni?" aku bagi soalan berbentuk ayat penyata.

"A'ah terlelap lepas main counter strike tadi.." Jawapan yang aku dah boleh agak.

"Kau perasan tak ada seorang awek rambut panjang,sikat tepi kat falkulti kita?.Budak part one kot. Kau perasan tak?." aku memang dah tak sabar.

"Budak part one ada dekat 500 orang kat falkulti kita ni, yang rambut panjang sikat tepi adala dalam 113 orang...yang mana satu ni?" aku pun tak tahu Irwan tengah cuba berlawak atau tengah mamai ni.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia la. Jatuh habis dah ni.."

"Kau jatuh cinta? tahyul ke apa ni?."

"Kejatuhan macamana lagi yang kau harapkan Wan.."

Aku rasa budak tu lain. Lain sangat. Bukan sebab gaya rambut tapi ada sesuatu yang lebih dari semua tu. Lagi aku tengok dia pakai tshirt AC/DC, kena pulak dengan ngan kasut Jack Purcell dia. Original tu aku dah tengok betul-betul. Budak kelas kita mana ada macam tu, kalau ada pun pakai kasut B.U.M dengan All America. Aku rasa dia lain la. Aku dah tak boleh nak tahan lagi ni. Aku ceramah dekat Irwan Rasyidi Rashid tapi aku tengok dia buat dek je,asyik layan Solitaire.

Aku mesti siasat. Esokla aku siasat.



Sunday, 20 December 2009

Thursday, 17 December 2009

Kaki kejang, mata pejam.

Tiada lagi bahu gadis. yang hanya ada bahu jalan.

Thursday, 10 December 2009

Unknown Latipah.

Latipah masih tercari-cari arah. Jual tanah atau jual maruah. Ibunya masih berkira-kira walaupun tanpa calculator. Latipah rumah tepi bukit. Mak dia berkeras cakap itu busut. Latipah nyanyi ruang dapur. Maknya membebel dapat laki tua. Latipah sudah terbayang Datuk K. Latipah menjerit layan chorus.

Latipah sudah tidak mampu memberontak lagi. Latipah masih tidak boleh terima hakikat kenapa maknya bernama Syazwani dan dia pula Latipah. Walau ketua kampung atau anggota rela hanya pandang enteng hal ini tapi ia tetap jadi bekas dalam lubuk hati Latipah.

..................

Latipah berdiri menghadap tingkap sambil matanya melihat ke luar rumah. Dipandangnya sayup-sayup kanak-kanak berlari-lari dari tingkap 6 rumah kondo separa elite-nya itu.Latipah berlari masuk ke bilik. Latipah pandang wajahnya di cermin. Dibelai-belai rambut ikalnya.

Sesekali dipicit-picit jerawat tiga serangkai di pipi kirinya. Latipah memandang ke sekeliling ruang biliknya. Kosong. Walaupun Latipah baru saja menukar cadar katil biliknya ke warna merah hati seminggu yang lepas. Walaupun baru saja gaji bulan lepas Latipah membeli almari baru di Ikea. Walaupun semua hiasan di biliknya berubah-ubah. Latipah tetap rasa asing dan terasing.

Latipah terasa ada yang tidak kena. Tapi apa. Itu yang buat Latipah jadi binggung. Rasanya mahu saja Latipah cari kekeliruan hatinya di carian google tapi mana mungkin ketemu. Latipah kebosanan di hadapan cermin. Tiada apa lagi yang hendak dan boleh dilakukanya lalu Latipah mencukur bulu keningnya. Diratakan sedikit demi sedikit. Seseduakali Latipah mengeluh, kenapa begini.

Latipah di pejabat orang berjawatan. Latipah di alam maya orang terkenal. Latipah ada akaun flickr, ada myspace sejak 2004, tumblr, ada blog,worlpress,twiter,facebook,friendster,tagged. Semualah jaringan sosial yang termampu. Tapi hati Latipah terasa sunyi tanpa teman yang mengisi. Latipah bukan memilih kawan, asalkan bukan mat rempit atau warga asing tanpa permit sudahlah. Laki orang kadang-kadang Latipah boleh terima lagi. Tapi dengan syarat orang tu boleh hafal lagu Sigur Ros.

Harini Latipah cuba melangkah dengan gaya baru. Latipah sudah bangkit dari rasa mati. Adakah Latipah akan cuba bertudung Yuna. Adakah Latipah akan menjadi pengkid bergaya baju polo kuda besar berseluar paras lutut, rambut highligts hujung. Semuanya akan terjawab di episod akan datang.

Wednesday, 9 December 2009

Berapa?

Penat orang tanya pasal umur aku. Aku kena tukar dress up ke macamane ni? Tolonglah bagi petua sikit. Biar ada orang panggil abang Suxx dalam sekali sehari pun ok.

Monday, 7 December 2009

Kahwin.

Senyuman Saleh seakan memerli aku.

Aku baru balik dari Sungai Petani ni. Seluar pun tak tukar lagi, deodorant pun dah kering. Rambut dah macam hati aku kucar kacir. Saleh dah tukar status dengan rasminya. Aku pergi Sungai Petani pun sebab Salehlah. Sebab dia sekarang dah ada teman tidur malam-malam, dah ada bahu masa nak nangis, ada orang usap-usap time sakit gigi. Ya, Saleh dah selamat diijabkabulkan.

Sebelum nak sampai Sungai Petani semalam sempat juga aku pusing-pusing masuk Penang dulu. Hajat hati nak layan shisa sambil tengok anak mami yang mana masih single. Agaknya aku salah timing atau aku mendarat salah tempat. Satu bayang awek pun aku tak nampak, yang ramai ada pasangan bermadu asmara tepi laut. Hampa banyak.

Aku terus laju-laju balik resort yang dah ditaja oleh Saleh dari awal. Aku dengan anggota yang lain yang menginap di Cinta Sayang Resort. Boleh tahan jugak dia punya air cond. Sampai aku tidur siap pakai jeans, jaket tak lupa kena sarung stoking. Tapi sebab berkongsi ala-ala asrama tahap nak tidur tu dah tolak tepi hati dah berat nak ronda-ronda bandar Sungai Petani sambil layan nasik lemak sambil cakap utara.

Pusing punya pusing satu gerai melayu susah nak jumpa. Kiri kanan nasi kandar. Hati kena akur juga.

Saleh bersanding jam 1.30pm, waktu afdal. Aku ada juga ambik gambar. Tapi kodak jenis 36 keping belum habis cuci lagi. Nanti aku cuci aku uploadla kat sini. Kena tengok juga bila kodak tu nak habis guna.

Aku tengok Saleh senyum meleret. Ni yang buat aku pun tak sabar nak ada bahu untuk disandar segala resah-resah ni.

Terasa malas pulak nak tulis blog ni. Faedahnya tak seberapa. Ok selamat malam.