*gambar pelarisDua hari lepas ada gadis baru masuk kerja. Muka memang copy paste Lisa Surihani. Gaya rambut, cukuran kening, cara lipat lengan baju, pilihan kaler lipstik memang semua sama. Penantian 3 tahun aku mungkin terjawab. Itu belum pasti. Hati sudah berdebar kencang. Persaingan juga sengit.
Syahizam sudah mula pakai tancho sikat belakang berkilat .Saleh sanggup membiarkan isteri yang baru dinikahi terkapai-kapai di rumah dengan memilih jalan untuk selalu bekerja lebih masa. Khalidasan A/L Chantiranasamy sanggup berjalan tahan nafas demi menjaga abdomennya yang menonjol diketahui umum,khasnya untuk gadis persis Lisa Surihani ini.
Dua hari lepas, semalam dan hari ini aku tetap menjadi insan yang sama. Mungkin yang berbeza hanya hati yang sedikit berbunga-bunga.
Meluahkan hasrat hati secara berdepan bukanlah lumrahnya seorang aku. Walaupun aku tahu cinta itu hadir apabila nafas terasa tersekat di rongga, jantung berdebar tak selari, senyuman seorang diri yang tak pernah putus, pipi yang sedikit kemerahan. Semua itu hanya mampu dipendam. Sedih. Makan dalam.
Cinta.
Mengimbau zaman persekolahan. Setelah berhempas pulas , berkat kismis dan air penerang hati akhirnya aku diberi petunjuk juga untuk rajin ke sekolah. Kehadiran gadis dari bandar, Nornazira juga faktor utama.
Masa tu darjah 6. Cinta masa tu bagi aku hanyalah satu tajuk lagu dendangan kumpulan XPDC, C.I.N.T.A. Mimpi akhil baligh pula adalah perkataan yang selalu aku nampak di halaman belakang majalah Variasi.
Hari tu wajah Nornazira tidaklah seceria hari-hari sebelumnya. Sesekali terlihat Nornazira mengengam jarinya. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Nornazira pantas terduduk diatas kerusi.
"Arrgghhh.." tiba-tiba Nornazira menjerit.
Kami satu kelas semua meluru kearah Nornazira. Semua jadi panik.
"Kenapa?" Tanya Rosilawati Hussien merangkap bendahari kelas 6 Umar, kelas kami. Kelas nombor satu.Tak lupa.
"Saakitt" Jerit Nornazira.
Dan serentak dengan itu kami melihat lelehan darah keluar dari tempat duduk Nornazira.
"Hah cepat panggil cikgu, Nornazira terkena paku. Dia luka.. cepat..!!" Jerit Azmi bin Hamat.
Semua muka pucat, perpandangan sesama sendiri. Aku masa tu dah hilang arah. Belari sampai tak nampak pintu keluar kelas.
Ustazah Rosnani datang dengan tergesa-gesa. Diangkatnya Nornazira perlahan-lahan dan .....Ustazah Rosnani tersenyum sinis.
Selang beberapa bulan lepas tu, aku tengok badan Nornazira makin mantap.
weh cerita kau ni ape kena mgena dgn gambar di atas? geram plak aku.
ReplyDeletesaya sangka kamu mahu merampas Lisa dari saya. Setelah saya baca, saya dapati ianya sekadar foto hiasan kepada penulisan kamu.
ReplyDeleteNasib baik.
Apapun, sila jangan 'cut road' (potong jalan), ok?
Sewaktu saya menaip komen ini, saya sedang bertumbuk dengan Farid Kamil untuk mencari juara yang akan memenangi Lisa!
baru dtg bulan kali pertama
ReplyDeleteperiod..kahhh
ReplyDeletesort off expecting it. really, aku time darjah 3 ustazah dah kumpul bagi penerangan kt budak perempuan pasal period.
ReplyDeletegunakanlah libresse, yuna pakai tu...
Dulu aku mana nak tahu period tu apa. Mimpi basah pun sampai skrg aku tak pasti dah datang ke belum dalam hidup aku. siyes tak tipu.
ReplyDeleteeh TTB muncul balik kat sini.wasssap!!
hahah. lawak lawak.
ReplyDeletethen ko tk baligh lagi ke hapeee ne?
ngahaha :p
Wanie- Nak baligh hapa baru darjah 6. Bulu kaki pun malu2 lagi nak tumbuh tapi dah pandai sorok buku Penthouse itu yg heran.
ReplyDeleteAzmi bin Hamat. Sungguh tidak bersalah.
ReplyDelete