Kakitangan kerajaan dan badan berkanun je boleh pakai model ni, yang lain jangan harap, loan tak lepas.Uhhhh, aku mengeliat manja. Silauan matahari menerjah masuk ke bilik. Setelah setahun lebih pencen, waktu tidur yang agak sinonim dengan aku adalah jam 10 pagi. Itu sepatutnya boleh lajak lagi sampai 12 tengahari tapi memandang cuaca yang agak hangat, 7 bijik aircond dengan air cap badak pun belum mampu menyejukkan keadaan.
"Sayang... ohhh sayang.. where are you?" Aku jerit dari atas tilam air.
"Im here...dalam bathtub ni..kenapa?" Suara bini baru aku, orang Uruguay. Jumpa masa pergi berkelah kat Pantai Punta Del Este itu hari.
"Oklah cepat sikit.. Hari ni anak-anak tiri awak nak balik." Sambil aku meneruskan pumping kali ke 98.
"Alah jomlah mandi sama!!" Jeritnya sambil hulurkan kepala.
"Saya puasa ni" Aku bagi amaran.
Setelah selesai mandi secara individu, aku mula pakai smart-smart. Memandangkan sekarang kain pelikat cap gajah lilit tepi seluar memang tengah up, aku pun tidak mahu dikatakan ketinggalan dalam hal-hal berfesyen.
"Salamoh 5!!" aku jerit sambil tekan butang ON dekat satu butang di dinding.
"Yo tuan, masuk ngadap, ada gapo gak?"
"Sal Five hari ini, anak-anak aku balik, jadi tolong masak special sikit berbuka nanti"
"Hok aloh la, hari-hari saya masok special..nok special kok mano lagi tu?"
"Menjawab,menjawab.. aku nak makan belalang kunyit goreng taucu. "
"Nok cari mano lah abe, belalang kunyit loni.. kalau ada pun mahal nok mapos?"
"cuba kau buka facebook, mesti ada orang jual kot, cari dulu baru cakap"
"Baiklah"
Oh lupa itu suara robot aku, Salamoh 5. Aku beli kat kelantan dua tahun lepas. Itupun sebab tak tahan nak bayar gaji pembantu rumah Indonesia , gaji mahal amat sampai cecah rm12,000 sebulan. Kos Salamoh 5, termasuk downpayment dalam RM78,ooo. Janji ada sijil halal siap waranti 5 tahun. Bila lagi nak tolong bumiputera.
Burrrzupppppp!!!
Aku hidupkan enjin kereta ProSia aku. Pada yang tak tahu, kereta ProSia ini adalah hasil usahama di antara Proton dan Air Asia yang menghasilkan kereta terbang murah pertama. Ini first model, pick up dia tak berapa nak ngam sikit. Enjin kena panas dalam 10 minit baru boleh terbang, leceh. Orang rumah aku dah tarik muka.
Kereta aku dihalakan ke arah balai polis berdekatan. Sejak pemerintahan negara ditakbir oleh parti pembangkang dua tahun lepas, semua kenderaan yang berlepas dari luar negara harus mendarat di balai polis berhampiran. Sia-sia aku buat tempat landing besar-besar belakang rumah. Haih.
Aku mendarat di satu sudut yang di sediakan di balai polis. Satu isyarat radio di hantar ke monitor kereta ProSia aku menandakan ketibaan anak-anak aku.
"Dady, penat la 3 jam dalam kereta ni..ishhh kawan-kawan orang semua dah guna pintu sesuka hati.. kat Court Mammoth kan dah boleh buat instalment!!"
"Tak baik membazir, tu robot kat rumah tu pun belum habis bayar lagi" Sambil mengenggam erat tangan bini.
bersambunglah...
weh!!!
ReplyDeleteni citer ape????
hahahaha.. apesal aku gelak??
hahaha.. jauh nye berangan... =D
ReplyDeletelawak angkasalepas tul la..haha!
ReplyDeletekelakar2..gelak tergolek2!!!nme harus salamoh...hahaha...
ReplyDeletebagus punya imaginariun ;p
ReplyDeletenaper x mandi sekali....???
ReplyDeletewahh.mak dara terdiva ada sini?
ReplyDeletewell oh well..this is what i can call mari merepek kot? and this is what i like about u. kudos *bodek2 pasal nak duit raya*
peh..dady, dady cool ye lu masa tu?
ReplyDeleteProSia. Mcm nama ubat pelangsing badan. Hahaha
ReplyDeletekalau nak merepek, adegna kat bath tub tu jgn cut. hilang feel.
ReplyDeletekeh keh keh
**adegan
ReplyDeletepergh. khayalan tingkat tinggi betul la ko nih
ReplyDeletehahahha..imagine kuat !!! wahahah...kelaka!!
ReplyDeletewahaha... mcm harem....
ReplyDeletehaha sengal sgt.~
ReplyDeletetgk, tak dak sorang pun mintak aku sambung cerita ni. sentap mak. :((
ReplyDeleteok2...lelakisesuxx..smbung la lg!boleh join berimaginasi tggi cm u..ngeee~
ReplyDeleteOk nt dtg ambik duit raya ye Farah Diaz. ok sambung skrg jugak.
ReplyDeletetak sabar ni...hihi..E.N
ReplyDeletesambung2, nak baca lagi! hahaha!
ReplyDeleteweh,,, besnye :D
ReplyDelete