Thursday, 22 December 2011

Berus Gigi.

Mari  berhibur dengan lagu Berus Gigi dendangan Louis Amstrong ini dahulu, sebelum aku mampu menyiapkan entry seterusnya.




vid by faradyable .

Wednesday, 21 December 2011

"Manusia Berubah, Mencii Taww"

Semuanya telah tertulis, ditakdir menjadi seorang lelaki lembut mungkin tak dapat dielak, namun menjadi seorang mak nyah itu pilihan. Bagaimana seseorang mencorak dirinya.

Setiap hari kebelakangan ini, aku sering kali terserempak dengan seorang Mak Nyah ni turun ke surau. Bukan untuk tidur tapi sembahyang. Aku hanya memerhatikan dengan rasa pelik mulanya, lama-lama perasaan itu bertukar menjadi terharu.

Terdetik di hati aku, dilahirkan lembut itu kententuan tuhan, sembahyang itu pilihan diri. Kita sendiri yang tentukan, bukan kita dilahirkan tiba-tiba dah rajin sembahyang. Tidak. Walaupun dia ni pondan tapi benda wajib sebagai seorang muslim dia tak abaikan, at least dia tahu asas seorang Islam. Abaikan cekak rambut, cukur kening, rambut highlight sebab itu urusan dia dengan Tuhan.

Mungkin Mak Nyah ni perasan kot, aku macam selalu tengok dia dengan rasa pelik, dia tiba-tiba tegur aku.

"eh adik kerja kat atas ke?"

"A'ah ye kak...bang, eh ka..." Serba salah pulak nak guna bahasa kata ganti nama ni.

Selepas sesi bertanya khabar dan suai kenal, mak nyah ni sebelum gerak sambil mengeluh panjang..

"Kalau dah sampai seru nanti, rasanya akak teringin nak bertudung, tapi itulah benda ni tak boleh tergesa-gesa nanti tak ikhlas" dan berlalu pergi.


Erkk, air liur aku tesekat di rongga.

Sunday, 18 December 2011

Sesuatu Yang Kita Tak Mampu Mengubah.



Seriously, masa mula-mula terjumpa video ni aku senyum sorang-sorang. Lama aku rasa mata aku berkaca. Terkenang kenangan dulu. Pada yang pernah merasa untuk menjadi tinggi juga mungkin ada rasa yang sama.

Pernah berlari laju-laju, pernah bergayut depan pintu rumah, pernah makan kacang panjang, pernah minum susu tiap-tiap pagi, pernah pakai kasut tapak tebal, ambik gambar lapik buku.

Akhirnya kau mengerti juga, kau boleh bersenam dan berdiet untuk jadi kurus, muka boleh jadi putih dengan fair & lovely, badan boleh jadi berisi dengan Appeton weight gain tapi kau tak mampu berubah untuk menjadi seseorang yang lebih tinggi.

Sekarang ni 166 cm, ok apa dah lepas masuk askar.

Thursday, 15 December 2011

Trypanophobia

Sebagai generasi 80an yang dibesarkan dengan pelbagai watak superhero dan cerita-cerita pendekar di TV membuatkan zaman kanak-kanak aku agak menarik. Sanggup ponteng sekolah semata-mata nak tengok Ultraman, sanggup ponteng kelas fardu ain semata-mata nak tengok Gaban.

Belum lagi disebelah malamnya, Keris Hitam Bersepuh Emas, Hati Waja dan bermacam cerita kependekaran yang lain. Semangat untuk menjadi seorang superhero memang tersemat padu dalam hati. Namun sifat keberaniaan seorang superhero dan pendekar tidak pulak masuk dalam diri aku.

Entah kenapa, aku seorang yang  takutkan hospital. Apa benda yang melibatkan jarum, ubat, doktor, nurse, ambulans, cadar putih, membuatkan aku automatik kecut perut, muka pucat.

Apa aku ada  sebut pasal nurse ke tadi? Ye wajah nurse dulu tidaklah seperti sekarang, dulu tengok pun gerun, tangan pun berurat, bulu kening pun lebat, tak macam sekarang lipstik merah menyala, rambut pun straighten.

Jadi apa sahaja yang melibatkan hospital akan aku cuba jauhkan. Sebagai seorang penghidap asma yang teruk, memang susah dan harus mempunyai semangat waja yang tinggi dalam menjayakan modus operandi takutkan hospital ini.

Pernah muka aku bertukar menjadi hijau gara-gara sesak nafas di sebabkan asma ni. Walaupun kena paksa, kena tarik oleh mak ngan ayah  untuk di bawa ke hospital  namun aku tetap berdegil. Untuk makan ubat apatah lagi, walaupun kena pegang beramai-ramai, kena tutup hidung, untuk memaksa aku tidaklah mampu.

Bila ada kawan mak aku cakap "eh dulu anak makcik Rokiah, asma teruk macamnilah tapi dia makan anak ikan haruan hidup-hidup, sekarang rasanya dah sembuh"

Aku apalagi, petang tu jugak pergi berkubang, cari mana lopak air, mana ada parit, aku cari anak ikan haruan sampai dapat. Nak sembuh punya pasal, takutkan ubat hospital dua pasal, aku telan sekor-sekor anak ikan haruan tu hidup-hidup. Rasa macam ikan haruan 3 rasa. Rasa menyampah, rasa loya, rasa hanyir, semua cukup.

Lama aku amalkan petua ikan haruan ni, taklah menjadi. Mak aku bagi pulak petua "aritu masa mak pergi mesyuarat PIBG, ada sorang akak ni bagi tahu, anak dia asma tapi dia amal makan hati unta kering, elok dah sekarang"

Mana nak dapat hati unta kering, sape pulak yang kat rumah dia ada bela unta, kat pasar mana pulak ada jual daging unta, hati apa tah lagi. Tunggu sampai raya korban  belum tentu orang nak sembelih unta. Pergi Menara Ambank pun belum tentu ada.

Namun langit tidaklah selalunya gelap, kerana adanya siang, adalah sedara aku yang baru pulang dari Haji ni bawak balik hati unta. Aku walaupun berat hati, aku gagahkan jugak diri untuk kunyah hati unta tu.

Semput masih sama, asma masih juga berlangsung.

Di sekolah, pantang  dengar ada doktor nak datang sekolah muka aku terus berubah. Umur masa tu lebih kurang darjah dua. Ada jugak terdengar pasal suntikan BCG, suntikan kat bontot. Aku dah terfikir unuk ponteng sekolah. Macam-macam alasan dah aku bagi tak nak datang sekolah tapi bayangan muka mak aku pegang lidi penyapu memaksa aku membatalkan niat.

Tengah jerit dalam kelas " Alif tak de titik, ba bawah satu titik...." tiba-tiba aku ternampak kelibat ambulans melintas depan kelas aku.

Ya Allah, ini mesti doktor datang nak inject aku ni. Badan dah berpeluh, bibir dah jadi biru. Aku gelisah, jantung dah laju.

Dalam kepala otak  masa fikir nak lari, aku tak nak kena cucuk. Tak nak. Aku tengok kiri kanan, tengok ustazah tengak sibuk menulis kat papan hitam, aku capai beg dan terus pecut keluar pintu kelas.

Tetibe ustazah menjerit " awak nak ke mane tu? duduk!"

Aargghh tak sempat, aku terpaksa menyerah, aku duduk balik. Tengah nak duduk kat kerusi tetiba datang nurse sambil bawak kad laporan. Mati akal, mati.

"Semua pelajar dikehendaki beratur dan pergi ke bilik kesihatan sekarang" kata seorang nurse yang muka ada iras Didie Alias.

Takk nakkk, aku terus lari. Aku target toilet, masuk terus kunci. Dengan nurse, ustazah semua kejar aku. Pintu toilet di ketuk dari luar. Dengar suara Ustazah memujuk aku dari luar. Tak nak, tak nak, itu je yang mampu aku jerit. setelah 20 minit berlalu dan hasil pujukan dan paksaan serta ketukan pintu toilet yang bertalu-talu akhirnya aku menyerah, aku keluar.

Sambil mulut kumat kamit baca doa, sambil ustazah tarik tangan aku, aku melangkah lemah ke bilik kesihatan.

"Ok, , ye adik adik semua.. haaaa cara yang betul adalah memberus dari atas ke bawah ye.. gosok perlahan-lahan "

Siot , mana ada inject BCG, nurse ni datang nak ajar cara-cara berus gigi rupanya, malu.

Malu kat makwe.

Monday, 12 December 2011

Tipikal Kawan part 2

Kisah 1

Mengenali seorang kawan yang agak kuat aktiviti hiburan malamnya, seorang kaki clubbing dan minum.

Aku : weh apasal monyok je, semalam Tiesto tak pergi ke? Kau kan kaki.

Kawan : Aku deman aa, tak larat sikit.

Aku : ohhh patutla nampak monyok je ni.

Kawan : itulah, eh nampak sedap pulak kau makan tembikai tu...

Aku : dengan cuaca panas macamni, layan tembikai memang super power beb, kau nak ke? Nah ambiklah sikit.

Kawan : Eh aku baru lepas makan ubat tadi, tak mabuk ke?

Aku : Eh, sejak bila kau takut mabuk ni?

Kawan : hmmphhhh76ghf&@!



Kisah 2

Tempat kerja aku  mengadakan sesi temuduga terbuka, jadi banyak muka-muka baru yang diterima masuk berkerja.

Officemate Perempuan: weh banyak budak baru siot masuk hari ni.

Aku:  Itulah pasal...

Officemate Perempuan : Kalau ye pun nak ambik staff baru, carilah yang hensem-hensem sikit, ini tak, hmmm...

Aku :   Kau pernah tak dengar aku complaint kenapa bos tak ambik staff yang lawa-lawa sikit? kau tahu kenapa?

Officemate Perempuan : kenapa?

Aku : Sebab aku tak nak orang-orang macam kau kecik hati.

Officemate Perempuan diam tanpa kata.


Kisah 3

Kawan yang sudah lama menyepikan diri, tiba-tiba call.

Kawan: Weh, jom lepak weh?

Aku : wah kau baru keluar dari alam bunian ke weh? tiba -tiba muncul ni.

Kawan : Banyak ah kau, nak lepak tak ni?

Aku :  Tak delah, macam tibe-tibe je, kau kenapa putus cinta? Silaplah aku bukan kaunselor weh.

Kawan : Alah lepak dengan aku, takkan tak sudi kot.

Aku : Ok, lepas aku balik keje nanti.

Waktu yang dijanjikan tiba.

Aku : Ye ada apahal ni beb?

Kawan : Sebenarnya aku nak pinjam duit sikit kat kau.. boleh tak?

Aku :  emm aku dah agak dah, aku pun miskin jugak beb, bape kau nak?

Kawan : Ala dalam RM200.

Aku : Emm, aku adalah duit RM200 tu, tapi itu duit aku nak bayar kredit kad aku lah kan.

Kawan : ala, bagilah aku pinjam dulu, kredit kad bile due date?

Aku : 15 haribulan ni.

Kawan : Oklah, aku janji aku bayar sebelum tarikh tu, sumpah. Aku memang akan dapat payment before date tu pun.

Aku : oklah aku trust kau. Nah RM200.

Kawan : Ok , thanks kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.

Setelah 14 haribulan aku call kawan aku tu.

Aku : Weh macamane duit aku, esok aku nak bayar kredit kad aku dah ni.

Kawan : Ala beb, aku tak dapat payment lagi ni, sehari dua lagi boleh?

Selepas seminggu aku call lagi.

Aku: Macamane duit aku?

Kawan : Macamnilah, kita jumpa petang ni.

Aku: Ok.

Jumpa.

Kawan : Beb, macamnilah aku rasa aku tak dapat bayarlah duit kau tu..

Aku :  weh kau biar betul beb.

Kawan : Beb , kau ambiklah kasut Supra aku ni buat ganti duit kau tu, lagi pun aku jarang pakai.

Aku :  Perghhh...sejak bila pulak kaki aku size 10? dan sejak bila pulak aku dress up ala Justin Bieber ni?

Benda ni dah selalu berlaku kat aku, bukan setakat kasut, jam tangan, walaupun aku bukanlah pemakai jam tangan. Take it or kau akan kerugian duit. Serik, sumpah.

Sunday, 11 December 2011

Hujung Minggu 34










Anda juga patut pergi dan menghayati tasrip.